BERITA SEMASA

CEO Alam Maritim Resources akan didakwa esok

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin pada pukul 9 pagi.

Sebelum ini, Azmi dilaporkan ditahan dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Ogos lalu.

Alam Maritim Resources Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia sebelum ini menegaskan, penahanan berkenaan tidak berpunca daripada sebarang salah laku.

Lembaga pengarah syarikat turut mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesinambungan operasi kumpulan.

“(Lembaga pengarah juga) akan membuat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting,” menurut makluman itu.

Terdahulu, SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang CEO, seorang pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi berkenaan.

Bagaimanapun, hanya dua suspek termasuk seorang CEO direman, manakala lima lagi dibebaskan dengan jaminan atas faktor masalah kesihatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button