BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Remaja 19 tahun cabul kanak-kanak dalam masjid ditahan

HULU SELANGOR – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun polis bagi membantu kes cabul kanak-kanak di dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek dikesan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu yang turut tular dalam rakaman kamera litar tertutup.

“Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Dalam video yang tular pagi tadi, seorang remaja lelaki berbaju kuning dan berkopiah dilihat mengangkat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat dari arah belakang sebelum membawanya keluar dari ruang solat.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button