Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah atas dakwaan terima wang hasil aktiviti haram
KUALA TERENGGANU – Isteri ketiga kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin yang hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Mengikut pertuduhan, Salwani didakwa menerima wang berjumlah RM5,000 hasil daripada aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya, memetik laporan Kosmo! Online.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jerteh, Besut pada 16 Januari 2025.
Beliau didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, pada 23 Januari lalu, Salwani dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Dalam prosiding terdahulu, beliau dibenarkan dibebaskan dengan wang jaminan RM30,000 oleh Hakim Rosli Ahmad.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






