Prosiding inkues kematian Zara Qairina pagi ini
KOTA KINABALU – Inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina, dijadual bermula hari ini di Mahkamah Koroner di sini.
Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam, prosiding itu dijalankan susulan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah mengikut peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
“Memandangkan kes ini melibatkan kepentingan awam, permohonan telah dibuat untuk mempercepatkan prosiding agar keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, tetapi juga demi masyarakat umum,” kata kenyataan itu.
AGC turut merujuk kepada kenyataan medianya bertarikh 13 Ogos yang memaklumkan keputusan untuk menjalankan inkues bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian, termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah.
Keputusan untuk meneruskan inkues dibuat selepas AGC meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12 Ogos lalu.
Zara Qairina, 13, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha. Allahyarhamah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai, sehari selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








