Inkues Zara Qairina: Dompet didakwa dicuri sebenarnya sudah ditemukan
KOTA KINABALU – Dompet hilang yang didakwa dicuri Allahyarham Zara Qairina Mahathir, sebenarnya sudah ditemukan di blok akademik sekolahnya pada petang 15 Julai lalu.
Ketua Warden, Azhari Abd Sagap memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, dompet itu ditemukan seorang pelajar senior, namun belum diserahkan kepada pemiliknya pada malam hari yang sama ketika Allahyarham Zara Qairina ‘disiasat’ atas dakwaan mencuri.
Beliau berkata hanya dompet yang dijumpai, manakala duit dan barangan lain dalam dompet itu tidak ditemukan.
Saksi kelapan inkues kematian Zara Qairina itu berkata demikian, ketika ditanya peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu arwah di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika prosiding petang tadi.
Shahlan bertanya sama ada tiada mana-mana barangan yang didakwa hilang itu ditemukan semula, termasuk dompet, kad pengenalan (IC) dan kad bank.
Azhari mengiyakan bahawa tiada duit dan IC ditemukan dalam almari di bilik asrama Allahyarham Zara Qairina.
Sementara itu, Azhari turut mengakui tiada laporan kepada warden mengenai kes kecurian yang dikaitkan dengan Alahyarham.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







