BERITA SEMASA

Kubur Zara Qairina digali semula penting pastikan keadilan ditegakkan – Hajiji

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenyataan terkini Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir digali semula bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk memastikan siasatan dilakukan secara menyeluruh demi menegakkan keadilan buat keluarga mangsa.

“Kita meletakkan keyakinan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh supaya keadilan dapat ditegakkan buat Zara Qairina dan keluarganya,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Hajiji turut menggesa semua pihak agar bertenang, tidak terpengaruh dengan spekulasi serta memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

Menurut AGC, arahan terbaharu itu antara beberapa langkah yang dikeluarkan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan termasuk prosedur bedah siasat ke atas jenazah yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Hajiji berkata, kes kematian Zara Qairina bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Sabah, malah mendapat perhatian seluruh negara termasuk dari negara jiran, membuktikan tuntutan keadilan merentasi sempadan dan perbezaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button