Orang ramai digesa henti buat kenyataan tidak berasas kes Zara Qairina – Marhamah Rosli
KOTA BHARU – Orang ramai diingatkan agar menghentikan sebarang kenyataan tidak berasas, berlebihan dan bersifat spekulatif berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, memandangkan kes berkenaan kini sedang melalui proses perundangan di peringkat inkues.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, sebarang kenyataan yang tidak berpaksikan fakta hanya berpotensi mengganggu kelancaran prosiding serta memberi tekanan kepada pihak terlibat.

“Saya ingatkan semua masyarakat supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menokok tambah, jangan bercakap perkara yang kita tidak tahu kerana kes ini sudah peringkat inkues.
“Apa yang berlaku biar mahkamah yang putuskan dan kita sebagai orang luar perlu berdoa supaya kes ini berjalan lancar dan punca kematian dapat dirungkai,” katanya memetik laporan Metro Online.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Ihya’ Ramadan dan Pelancaran Program Pendidikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM) di sini, hari ini.
BACA JUGA:
Genap sebulan bergelar Timbalan Menteri, Marhamah kongsi refleksi jiwa berpaksi Surah Adh-Dhuha
Bila tahu saya seorang menteri, ada yang mula ubah layanan – Marhamah Rosli
Marhamah mengulas prosiding inkues kes berkenaan termasuk keterangan saksi ke-62 iaitu ibu kepada salah seorang pelajar yang memaklumkan bahawa anaknya digelar sebagai ‘pembunuh’ serta mengalami tekanan emosi dan gangguan stres pascatrauma (PTSD).
Sebelum ini, media melaporkan bahawa saksi ke-62 mendakwa pernah menerima gangguan daripada ibu Allahyarhamah Zara Qairina menerusi aplikasi WhatsApp yang memarahinya kerana membenarkan anaknya memberi keterangan sebenar kepada pihak polis.
Saksi yang juga ibu kepada pelajar A turut mendakwa bahawa ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat meminta mereka membuat penafian terhadap kenyataan anaknya dengan menghubungi pegawai polis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








