BERITA SEMASA

Kes Zara Qairina: Sultan Pahang titah masjid, surau laksana solat hajat khas

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang melaksanakan solat hajat khas.

Solat hajat berkenaan diadakan bertujuan memohon kepada Allah supaya segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.

“Paduka Baginda turut menyampaikan doa supaya ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” kata satu hantaran di laman rasmi Kesultanan Pahang, malam ini.

Terdahulu, proses bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina selesai dilaksanakan malam ini.

Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri, jenazah akan dibawa balik ke Sipitang malam ini juga bagi dikebumikan semula di di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button