JENAYAH & MAHKAMAH

Notis tunjuk sebab hina mahkamah kepada Shafie Apdal siap untuk diserahkan

KOTA KINABALU – Notis tunjuk sebab menghina prosiding mahkamah terhadap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sudah siap untuk diserahkan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pendakwaan Sabah, Nahra Dollah kepada pemberita, pagi tadi, lapor BH Online.

Notis berkenaan dikeluarkan susulan kenyataan Mohd Shafie yang dianggap menghina prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner, di sini.

Apabila ditanya mengenai masa tepat notis itu akan diserahkan, Nahra berkata beliau tidak pasti, tetapi mengesahkan notis tersebut sudah tersedia.

Nahra dan seorang pegawai pengendali lain kemudian dilihat memasuki bangunan mahkamah pada hari ke-13 inkues Zara Qairina Mahathir.

Kelmarin, Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam Datuk Ram Singh, yang disokong oleh semua pihak dalam prosiding itu.

Kenyataan Shafie bahawa Zara Qairina telah dibunuh dibuat dalam sebuah video tular baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button