Dakwaan kenaikan tarif elektrik tidak benar – TNB
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan kenaikan tarif elektrik bermula bulan ini seperti yang tular di media sosial.
Menurut TNB dalam satu kenyataan,
mesej dan visual yang ditularkan itu adalah palsu, tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai.
“Sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini adalah tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025 lalu.
“Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya.

Dalam pada itu TNB menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran yang sah.
“TNB komited untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat dan telus.
“Sehubungan itu, TNB akan melaporkan penyebaran maklumat tidak benar ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







