TNB bertindak siasat sambungan kabel haram di tapak tanah diceroboh
DENGKIL – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak pantas selepas menerima aduan berhubung penyambungan kabel elektrik secara tidak sah dari tapak projek sekolah ke sebuah kawasan kongsi yang didakwa berada di atas tanah diceroboh.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dengkil, Al Rasyid Ab Rani menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Melalui status itu juga, beliau turut memuji kecekapan pihak TNB CareLine dalam mengambil tindakan.
“TNB telah memaklumkan kepada pihak JPKK bahawa memang terdapat penyambungan kabel dari tapak projek sekolah ke kongsi yang terletak di atas tanah diceroboh.
“Mereka juga memaklumkan akan membuat pemotongan bila-bila masa sahaja,” katanya.
Dalam hantaran yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa sebuah kandang lembu di kawasan berkenaan pasti mempunyai meter elektrik dan air sendiri.
Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak tuan tanah untuk menentukan tindakan susulan yang wajar diambil terhadap pencerobohan berkenaan.
Difahamkan, kawasan tersebut merupakan tapak tanah masjid milik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diceroboh pihak tidak bertanggungjawab termasuk mendirikan rumah ibadat, membuat kandang lembu dan kambing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








