BERITA SEMASA

TNB siasat punca percikan arka sebabkan kanak-kanak melecur teruk

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mengadakan siasatan dalaman untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian seorang kanak-kanak berusia 12 tahun melecur teruk selepas terjatuh dalam sebuah pencawang TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya dalam satu kenyataan, TNB mengambil maklum laporan insiden percikan arka yang melibatkan kanak-kanak tersebut.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan ini tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, katanya,TNB juga menyampaikan rasa simpati kepada mangsa dan keluarganya, dan berharap agar mangsa dapat menerima rawatan yang terbaik di hospital.

Pada masa sama, TNB turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.

Semalam tular video dan gambar seorang kanak-kanak melecur seluruh badan selepas terjatuh ke dalam bilik janakuasa tersebut.

Difahamkan mangsa masuk ke kawasan itu untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam kawasan tersebut ketika bermain futsal di gelanggang sebelah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button