BERITA SEMASA

Gangguan elektrik di Nilai, Port Dickson serta Kuala Selangor susulan hujan, banjir

CYBERJAYA – Penduduk Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan serta Kuala Selangor di Selangor berdepan gangguan bekalan elektrik susulan penutupan beberapa pencawang oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB CareLine dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya memaklumkan, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik di kawasan terjejas di Negeri Sembilan dijangka mengambil masa yang panjang kerana banyak pokok tumbang telah menghempap tiang dan talian TNB.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak.

“Pasukan teknikal sedang berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan,” kata TNB CareLine dalam hantaran tersebut.

Bagi Kuala Selangor pula, TNB Careline memberitahu, pihaknya terpaksa menutup bekalan elektrik di kawasan sekitar demi keselamatan pengguna setempat susulan hujan dan banjir yang melanda.

“Penutupan pencawang elektrik di Jalan Rizab Masjid dan Southern Reality Ladang Bukit Ijok.

“Tutup semua suis di soket alir keluar dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” kata hantaran itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button