Kebakaran stesen janakuasa tidak jejas bekalan
PORT DICKSON – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan berlaku insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, di sini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna.
TNB berkata, kebakaran yang berlaku itu terkawal dan pihaknya telah mengarahkan pasukan teknikalnya ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan semua pihak.
“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberikan maklumat terkini jika diperlukan.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam tadi.

Terdahulu, penduduk sekitar daerah ini digemparkan dengan bunyi letupan disusuli dengan kebakaran di stesen jana kuasa berkenaan.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dilaporkan menerima panggilan kecemasan mengenai letupan itu sekitar pukul 9 malam sebelum menghantar pasukan ke lokasi.
Ketika ini, tiada individu terlibat dan punca insiden masih dalam siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














