BERITA SEMASA

Lelaki dipercayai terperangkap dalam kebakaran dua rumah di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dipercayai terperangkap dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Gong Tok Nasek di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.52 malam.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu tiba di lokasi kira-kira lima minit selepas menerima panggilan.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang dianggarkan musnah kira-kira 50 peratus.

“Maklumat awal daripada penghuni memaklumkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai masih berada di tingkat dua salah sebuah rumah yang terbakar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Jalan Kota dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 anggota bomba.

Operasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Thoyyibah Taib.

Sehingga kini kerja-kerja pemadaman dan operasi mencari mangsa masih giat dijalankan oleh pasukan bomba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button