POLITIK

DUN Melaka dijangka bubar petang ini

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada jam 3 petang ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengumuman itu dijangka dibuat di Kompleks Seri Negeri selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada tengah hari dan Mesyuarat Pasca-EXCO pada jam 2 petang.

Menurut sumber, surat pembubaran DUN berkenaan telah ditandatangani Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Bagaimanapun, setakat ini pengumuman rasmi mengenai pembubaran berkenaan masih belum dibuat.

Sumber turut memaklumkan surat jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk hadir di Seri Negeri pada jam 2.30 petang telah disediakan sejak malam tadi.

Pejabat Ketua Menteri juga dijangka mengedarkan jemputan kepada pengamal media bagi menghadiri sidang media Ab Rauf petang ini.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, dengan BN memegang 21 kerusi selepas Pilihan Raya Negeri lalu. Penggal DUN semasa dijadual berakhir pada hujung Disember.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button