A Aida akui sedang kenali hati budi Timbalan Speaker DUN Selangor
KUALA LUMPUR – Penerbit dan pelakon, Datuk A Aida mengakui beliau kini sedang dalam proses mengenali hati budi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin.
A Aida berkata, hubungan mereka ketika ini masih di peringkat persahabatan dan kedua-duanya selesa berkawan kerana masing-masing berstatus solo.
Menurutnya, Mohd Kamri yang dikenali sebagai Yang Berhormat (YB) Kamri merupakan seorang duda selepas isterinya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
“Kami baru berkawan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo.
“Sebab dia berstatus duda, jadi kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang,” memetik HM online.
Ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, A Aida berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.
“Kalau ada jodoh, adalah. Saya juga mohon semua mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini,” katanya lagi.
Sebelum itu, perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff di Instagram yang memuat naik gambar A Aida bersama Mohd Kamri ketika majlis iftar anjuran A Aida Productions baru-baru ini turut menarik perhatian ramai.
Dalam perkongsian tersebut, beliau turut mengajak orang ramai mendoakan agar hubungan antara A Aida dan Mohd Kamri dipermudahkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








