122,000 murid tahun 1 masih belum kuasai 3M – Fadhlina
KAJANG – Sebanyak 122,000 murid tahun satu di seluruh negara masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M) untuk sesi akademik tahun ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, punca utama di sebalik isu tersebut adalah keciciran pembelajaran semasa pandemik COVID-19, kemiskinan dan keperluan khas bagi sesetengah anak-anak.
“Angka ini bersifat dinamik dengan pelaksanaan intervensi di peringkat negeri dan Persekutuan serta program Anak Kita, kami yakin bilangan ini akan berubah dan bertambah baik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Tekad Reformasi Pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM).
Fadhlina berkata, program Intervensi Literasi dan Numerasi yang bermula Ogos lalu, dilaksanakan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M.
“Inisiatif itu juga bertujuan memperkukuh kedudukan Selangor sebagai negeri terdepan dalam menyediakan pendidikan berkualiti melalui pelbagai program yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan inovasi pendidikan.
Program itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








