
Tengku Zafrul tidak bertanding dalam PRN?
PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tengku Zafrul Aziz dikatakan tidak berhasrat untuk melangkah ke gelanggang PRN, di sebalik spekulasi beliau antara pilihan sebagai menteri besar Selangor.
Menurut sumber portal FMT, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu memaklumkan perkara berkenaan pada pertemuan pemimpin tertinggi di Selangor serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
“Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan tidak berhasrat untuk bertanding… dipercayai mahu tumpu tugas sebagai menteri.
“Persoalan beliau akan jadi menteri besar Selangor jika BN dan PH menang tidak lagi berbangkit,” menurut laporan itu.
Menurut sumber itu lagi, perkembangan itu mengurangkan kebimbangan PH tentang jawatan menteri besar, memandangkan Selangor dikuasai gabungan berkenaan sejak 2008.
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari memegang tampuk kerajaan negeri sejak 2018 hingga DUN dibubarkan 23 Jun lalu.
Spekulasi Zafrul mengintai peluang bertanding PRN di Selangor bertiup kencang apabila beliau berpindah bahagian dan menang jawatan ketua Umno Kota Raja tanpa bertanding pada pemilihan parti Mac lalu.
Menurut laporan media, UMNO Kota Raja sendiri memohon pimpinan BN-PH mempertimbangkan Zafrul sebagai calon bagi DUN Sungai Kandis, yang sebelum ini disandang Zawawi Mughni dari PKR.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








