Cendekiawan tersohor negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Dunia intelektual Islam dan negara kehilangan seorang tokoh ilmuwan besar apabila Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dilaporkan meninggal dunia malam ini.
Berita pemergian tokoh pemikir tersohor itu dikongsikan oleh bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Menerima berita pemergian Prof Diraja Dr Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di media sosial.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan antara tokoh pemikir Islam paling berpengaruh di rantau ini yang banyak menyumbang kepada pembangunan pemikiran Islam kontemporari, khususnya dalam bidang falsafah, pendidikan dan peradaban Melayu-Islam.
Dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia, Allahyarham berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang keilmuan dan tradisi keagamaan yang kuat.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh ahli keluarga arwah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















