BERITA SEMASA

Anwar ziarah keluarga Allahyarham Bung Moktar

KUALA LUMPUR – Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin awal pagi semalam merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menziarahi keluarga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara, khususnya atas khidmat baktinya yang panjang dalam pentadbiran, siyasah serta perjuangan membela rakyat,” kata beliau dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dalam masa sama, Anwar turut mendoakan supaya keluarga Allahyarham diberikan kekuatan ketika menghadapi saat sukar itu.

“Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang mencabar ini, dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” kata beliau.

Allahyarham Bung Moktar,66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pukul 1.46 pagi semalam.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 29 Disember lalu, Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button