BERITA SEMASAPMX

Kestabilan politik berjaya tarik syarikat gergasi melabur di Malaysia – PM Anwar

SHAH ALAM – Kestabilan politik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dalam tempoh setahun ini telah berjaya menarik banyak industri besar melabur di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar kerajaan yang jelas menyebabkan Malaysia kembali menjadi perhatian syarikat gergasi.

“Saya tanya mereka apa keistimewaan di Malaysia. Sekarang, alhamdulillah politik stabil. Politik stabil itu membantu memberi keyakinan kepada mereka, ada dasar yang jelas,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Menurut Perdana Menteri, setiap pelaburan yang diterima akan membuka peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang berkemahiran tinggi.

Tambahnya, Malaysia tidak boleh lagi dikenali sebagai negara yang senang toleransi dengan rasuah dan penyelewengan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap dana mesti diurus dan digunakan dengan baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button