BERITA SEMASA

Kerajaan sedia pertimbang salur peruntukan kepada pembangkang – TPM

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Ke arah itu satu deraf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button