BERITA SEMASA

Anwar bimbang insiden dron berhampiran Mekah, seru semua pihak selesaikan perbalahan secara dialog

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan serius berhubung laporan sebuah dron dipintas berhampiran Mekah, Arab Saudi.

Anwar berkata, sebarang cubaan mengancam keselamatan serta kesucian kota suci umat Islam itu sama sekali tidak boleh diterima.

“Malaysia merakamkan penghargaan mendalam atas tindakan pantas yang diambil Kerajaan Arab Saudi bagi melindungi penduduk dan jemaah di Makkah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, insiden berkenaan menggariskan keperluan segera untuk mengelakkan konflik di rantau berkenaan daripada terus memuncak.

Malaysia, katanya, menggesa supaya serangan terhadap lokasi awam serta sebarang tindakan yang boleh membahayakan tapak suci dihentikan serta-merta.

“Malaysia menyeru pihak berkaitan supaya mengamalkan sikap menahan diri dan segera mengutamakan penyelesaian secara aman melalui dialog,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button