BERITA SEMASA

Surat dakwa kelulusan PFI pelebaran PLUS palsu – PMO

PUTRAJAYA – Surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi kerja pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) disahkan sebagai palsu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan perkara itu, selain menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.

PMO turut menafikan sebarang kaitan Perdana Menteri dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa dalam surat berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.

“Pejabat Perdana Menteri sudah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, PMO menegaskan tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam isu berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button