BERITA SEMASA

Tragedi pagi Tahun Baharu Cina, seorang maut kemalangan libatkan 3 kenderaan

RAWANG – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran Bukit Beruntung, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.33 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan kapur, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah kereta jenis BMW.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang memandu lori treler mengalami cedera parah di bahagian kepala, manakala pemandu Honda City iaitu lelaki berusia 50-an cedera ringan.

“Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 50-an yang berada dalam Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button