BERITA SEMASA

Letak jawatan jika tidak iktiraf Tuanku Muhriz – Anthony Loke

CYBERJAYA – Semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan digesa meletakkan jawatan sekiranya mereka tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata, kesemua anggota MKK berkenaan baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Muhriz awal Ogos lalu, susulan pembentukan kerajaan baharu pasca PRN Negeri Sembilan.

Beliau dlam amsa sama turut mempersoalkan punca kuasa mereka untuk mengiktiraf proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz berkuat kuasa serta-merta.

“Sekiranya mereka kini tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka atas prinsip dan maruah, mereka sewajarnya meletakkan jawatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Anthony turut menekankan DAP kekal berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan serta menegaskan keluhuran undang-undang dan institusi diraja mesti dipertahankan.

Semalam, exco Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 19 April lalu adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.

Kenyataan tersebut kemudiannya disahkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim hari ini sambil berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat exco, Selasa lalu.

Beliau menambah, Setiausaha Kerajaan Negeri telah turut diminta untuk meneruskan proses pewartaan proklamasi penurunan takhta berkenaan mengikut peraturan berkaitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button