KTMB tawar diskaun 30 peratus bermula esok hingga 20 April
PUTRAJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 30 peratus bagi pembelian tiket tren di bawah kendaliannya di semua sektor bermula esok hingga 20 April.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, selain perkhidmatan tren elektrik (ETS), diskaun tiket untuk perjalanan antara 15 April hingga 14 Oktober itu turut terpakai bagi pengguna tren Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral.
Beliau berkata, inisiatif itu ditawarkan bagi perjalanan pada setiap Isnin hingga Khamis sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan KTMB.
“Ia bagi memperkasakan penggunaan pengangkutan awam melalui perkhidmatan kereta api yang lebih selesa, selamat dan efisien kepada rakyat,” katanya.
Anthony berkata demikian dalam sidang media sempena Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api, di kementeriannya, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








