POLITIK

Tidak penuhi syarat pelantikan, Loke sangkal dakwaan dikaitkan calon MB

JEMPOL – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menolak dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan, sambil menyifatkan perkara itu sebagai “cakap-cakap jahat” daripada pihak yang menentang gabungan berkenaan.

Beliau berkata, syarat pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan telah termaktub dengan jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang menetapkan calon mestilah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu beragama Islam.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita.

“Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Melayu yang beragama Islam justeru itu saya tidak memenuhi syarat kelayakan itu,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu, Loke yang juga Menteri Pengangkutan mengadakan lawatan kerja ke Projek Kerja Pemulihan, Naik Taraf Landasan Kereta Api dan Kerja-kerja Berkaitan di antara Gemas, Negeri Sembilan hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang di Stesen Kereta Api Bahau, hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi mempersoalkan siapa individu bakal dilantik PH sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika kembali mentadbir sekiranya Aminuddin kalah di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Secara sinis, Asyraf Wajdi mempersoalkan sama ada PH akan melantik Loke sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Loke yang bertanding di DUN Chennah berkata, PH hanya mempunyai seorang calon untuk Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun yang kini betanding di DUN Linggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button