Pesawat AirAsia bakal papar nama wartawan, tanda penghargaan pengamal media
KUALA LUMPUR – Perbincangan antara AirAsia dan kerajaan akan diadakan bagi memilih seorang wartawan yang namanya akan dipaparkan pada salah satu pesawat syarikat itu, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan warga media kepada negara.
Menurut Pengasas bersama AirAsia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, nama itu akan dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
“Ia akan dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 sebaik sahaja nama dipilih,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025. 2025 di sini hari ini.
Menurut Fernandes lagi, hasrat untuk menamakan pesawat syarikat penerbangan itu sudah lama disimpan, dan beliau memilih untuk merealisasikan inisiatif tersebut bersempena dengan sambutan Hawana 2025.
Dalam majlis sama, Fahmi dalam mengumumkan pengamal media yang memegang kad perakuan media yang dikeluarkan oleh JaPen bakal layak menikmati diskaun 50 peratus secara sekali beri bagi pembelian tiket perbangan pergi balik ke mana-mana 57 destinasi negara anggota ASEAN.
Baca juga : Diskaun 50 peratus tiket penerbangan AirAsia untuk pengamal media
Mengulas mengenai mekanisme permohonan diskaun 50 peratus bagi petugas media di Malaysia, Fernandes berkata, AirAsia akan menyediakan laman sesawang khas dan diskaun itu boleh ditebus menggunakan baucar khas yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan (JaPen).
Inisiatif itu hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dengan AirAsia bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








