BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Diskaun 50 peratus tiket penerbangan AirAsia untuk pengamal media – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan satu inisiatif istimewa berupa diskaun 50 peratus tambang pergi balik AirAsia kepada pengamal media di negara ini.

Menurut Fahmi, inisiatif berkenaan bakal diberikan secara “one-off, khusus buat para pengamal media yang memiliki kad perakuan media yang sah untuk penerbangan ke 57 destinasi ke negara-negara ASEAN.

Beliau berkata, tempoh tempahan bagi tawaran bermula serta-merta dan akan dibuka sehingga 31 Disember tahun ini, manakala tempoh penerbangan bermula April hingga September tahun depan.

“Saya mengumumkan bahawa rakan-rakan wartawan akan menikmati diskaun 50 peratus secara one-off untuk penerbangan ke mana-mana 57 destinasi negara anggota ASEAN.

“Inisiatif ini adalah hasil rundingan dan kerjasama erat antara Kementerian Komunikasi dan AirAsia,” katanya sambil menambah butiran lanjut bakal diumumkan Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) dalam masa terdekat.

Baca juga : Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Fadzil sampaikan sumbangan kepada Editor Foto NST

Berita gembira itu dibuat ketika beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Wartawan Nasional 2025 (HAWANA 2025) yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, serta Penasihat Strategik AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Dalam majlis sama, Fahmi berkata, Tony Fernandes turut bersetuju untuk mencadangkan agar salah satu pesawat AirAsia dihiasi dengan reka bentuk khas bertemakan dunia kewartawanan, termasuk berita yang pernah disiarkan sebagai satu bentuk penghormatan terhadap profesion tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button