Dua penuntut IPG lemas di Lata Desa Warisan, Setiu
SETIU – Dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit maut selepas lemas ketika berkelah di Lata Desa Warisan, Pelong, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Adam Arief Jazlansanadi dan Muhammad Hazmi Othman, masing-masing berusia 19 tahun, berasal dari Taman Melewar, Kuala Lumpur dan Zon Sejora, Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kedua-dua mangsa bersama 24 rakan sekelas hadir ke kawasan perkelahan itu bagi mengikuti program kelas dari kampus IPG berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian, dua sahabat itu dikatakan berehat di atas batu di tepi sungai sambil memerhati tiga rakan lain yang sedang mandi.
“Adam Arief tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 11.15 pagi. Dua rakannya termasuk Muhammad Hazmi terjun untuk membantu, namun mereka turut dibawa arus sebelum tenggelam,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pelajar dipercayai lemas selepas termasuk ke dalam kawasan pusaran air.
Mayat Muhammad Hazmi ditemui orang awam jam 12.05 tengah hari, manakala Adam Arief ditemukan kira-kira 50 minit kemudian.
“Semua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






