BERITA SEMASA

Isteri tentera hanyut ditemui lemas di Sungai Triang

BERA – Seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Triang ketika menemani suaminya memancing, ditemukan lemas pagi tadi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Mangsa, Sakirah Akop, 31, dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki bersama anak perempuannya tergelonsor ke dalam sungai dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.50 petang, kelmarin, berhampiran Bandar Baru Bera.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadzli Zakaria, mayat mangsa ditemukan terapung 2.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh seorang pemancing pada pukul 8.40 pagi.

“Pasukan bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat dan mengesahkan penemuan mayat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Bera bagi proses bedah siasat.

Dalam kejadian berkenaan, Sakirah bersama anak perempuannya yang berusia 16 bulan berada dalam kereta ketika suaminya, seorang anggota tentera sedang memancing di tebing sungai.

Difahamkan, kenderaan mereka secara tiba-tiba menggelongsor masuk ke dalam sungai.

Mangsa bagaimanapun sempat keluar dari kenderaan dan menyerahkan anaknya kepada suami sebelum dihanyutkan arus deras.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button