‘Isteri sendiri enggan jumpa mereka, saya buat dua laporan polis demi keselamatan’ – Prince Syed
KLANG – Pempengaruh Prince Syed membuat dua laporan polis selepas mendakwa diserang empat individu yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, beliau mendakwa dipukul di kepala dan muka menggunakan topi keledar serta ditumbuk sehingga mengalami kecederaan selain cermin kereta jenis Proton X70 miliknya turut dipecahkan.
“Mereka memukul kepala saya berkali-kali, menumbuk muka dan mencakar tangan sehingga berdarah. Mereka juga memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar serta melakukan provokasi.
“Saya ada bukti rakaman CCTV. Mereka bertindak demikian sebab anggap saya mengongkong dan menghalang isteri, Fatin Syazwani Ishak, daripada berjumpa mereka sedangkan isteri sendiri yang tak mahu jumpa atas sebab tertentu,” memetik laporan HM online.
Menurutnya, laporan polis pertama dibuat kelmarin di Balai Polis Saujana Utama selepas menerima desakan daripada individu sama yang menuntut beliau berpisah dengan isterinya.
“Mereka ganggu saya, suruh saya ceraikan isteri dan minta saya serahkan dua anak kami yang berusia dua dan enam tahun. Sedangkan saya mampu menjaga keluarga,” katanya lagi.
Beliau turut mendakwa individu berkenaan menghubungi ahli keluarganya termasuk kakak dan ibunya untuk memaksa beliau membuka sekatan nombor telefon serta memaklumkan lokasi isterinya.
“Untuk apa kami bercerai? Perkahwinan sesuatu yang mulia dan sebagai suami saya akan pertahankannya sampai bila-bila.
“Kami sembunyikan video di TikTok bukan sebab ada masalah, cuma nak tenangkan keadaan sebab isteri sebelum ini tak sihat dan saya juga perlu fokus pada perniagaan.
“Kami cuma tak mahu tekanan mental,” katanya lagi.
Sebelum itu, tular video seorang wanita dipercayai ibu mentua Prince Syed mendakwa menantunya itu menghalang anak dan cucunya daripada bertemunya, selain menuduh beliau menjadikan isterinya ‘tikus makmal’ untuk pembedahan bariatrik bagi tujuan pemasaran produk pelangsingan.
Polis difahamkan sedang menyiasat laporan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








