BERITA SEMASALUAR NEGARA

Jutawan crypto Rusia, isteri ditemui mati dikerat di UAE

DUBAI – Dunia mata wang digital dan komuniti perniagaan antarabangsa dikejutkan dengan pembunuhan kejam Roman Novak, jutawan crypto Rusia, bersama isterinya, Anna Novak, yang ditemui dengan anggota badan terpotong di padang pasir berhampiran Hatta, tenggara Dubai.

Kedua-duanya dipercayai hilang selepas menghadiri satu pertemuan dengan individu yang didakwa sebagai pelabur.

Novak, pengasas platform Fintopio sebelum ini pernah mengumpul dana ratusan juta dolar daripada pelabur dari Rusia, China dan Asia Barat dengan menjanjikan revolusi dalam pemindahan mata wang kripto rentas sempadan.

Namun di sebalik imej mewah dan gaya hidup glamor, Novak memiliki rekod jenayah dan ramai musuh.

Pada 2020, beliau disabitkan bersalah atas penipuan berskala besar di St. Petersburg dan dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana menipu pelabur jutaan dolar.

Selepas dibebaskan awal pada 2023, beliau berpindah ke Dubai dan meneruskan aktiviti crypto.

Roman Novak
Roman dan Anna terkenal mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial, termasuk kereta mewah, pesawat peribadi dan hubungan dengan tokoh ternama seperti Pavel Durov, pengasas Telegram.

Menurut Svetlana Petrenko dari Jawatankuasa Siasatan Rusia, pada 2 Oktober lalu, Roman dan Anna menuju ke Hatta untuk bertemu ‘pelabur’ baharu.

“Mereka dijemput di tempat letak kereta berhampiran tasik, bertukar kenderaan dan kemudian ‘hilang’.

“Siasatan mendedahkan pertemuan itu adalah perangkap untuk membawa mereka ke sebuah villa untuk diseksa dan ditahan untuk tuntutan wang tebusan.

“Penculik dipercayai menuntut akses kepada dompet crypto Roman yang kononnya mengandungi dana pelaburan terdahulu namun dompet tersebut didapati kosong,” katanya.

Kegagalan menyerahkan wang menyebabkan kedua-duanya dibunuh dan mayat mereka dipotong.

Mayat mereka ditemui keesokan harinya pada 3 Oktober selepas dikuburkan di padang pasir berhampiran Fujairah.

Susulan itu, tujuh suspek ditahan, termasuk Konstantin Shakht, 53, bekas penyiasat kes pembunuhan yang menjadi penyeludup dadah serta Yuri Sharypov, 46, dan Vladimir Dalekin, 45, seorang veteran perang Rusia-Ukraine.

Mereka dipercayai antara ‘pelabur’ yang merancang penculikan pasangan tersebut, manakala lima warga Rusia muda dikesan membantu logistik tanpa mengetahui rancangan pembunuhan.

Motif pembunuhan dipercayai kerana dendam dan keuntungan kewangan berikutan reputasi Novak sebagai penipu.

Novak meninggalkan dua anak yang kini diserahkan dalam jagaan saudara.

Pihak berkuasa Rusia dan UAE kini masih bekerjasama untuk menjejaki aliran kewangan empayar Novak serta mengesan sama ada pihak lain terlibat dalam
mengarahkan pembunuhan itu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button