BERITA SEMASA

Gangguan sementara urusan cetakan MyKad bermula esok – JPN

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan menangguhkan sementara urusan penukaran atau penggantian MyKad yang tidak mendesak mulai Rabu hingga 31 Ogos ini berikutan proses peralihan kepada MyKad generasi baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses berkenaan melibatkan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu.

Gangguan sementara urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

JPN turut menggalakkan ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan MyKad kali pertama bagi anak berusia 12 tahun supaya menangguhkan urusan itu seketika.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

Langkah berkenaan membolehkan anak menerima MyKad generasi baharu sebaik sahaja pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

Menurut JPN, pihaknya menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan tersebut, selain memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button