Operasi SAR lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran pintasan Saloma disambung pagi ini
KUALA LUMPUR – Usaha mengesan seorang pekerja yang hilang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma semalam, akan bersambung semula pagi ini selepas operasi terpaksa dihentikan berikutan keadaan yang berbahaya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 11 malam tadi kerana arus deras serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian.
“SAR seorang lelaki berbangsa India yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang petang tadi akan disambung semula pada pukul 9.30 pagi esok (pagi ini).
“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian esok pagi,” katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam tadi.
Semalam, seorang lelaki dilaporkan hilang kira-kira jam 5.40 petang ketika melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang.
Menurut laporan awal, seramai 13 pekerja berada di lokasi ketika kejadian, namun 12 daripada mereka berjaya diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang pekerja tempatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








