JAS Kedah nafi aktiviti kuari tanpa kelulusan EIA
KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah menegaskan, tiada sebarang aktiviti kuari yang beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Mukim Terap, di sini.
Menerusi satu hantaran di Facebook, JAS memberitahu, pihaknya sudah menjalankan siasatan susulan aduan orang awam mengenai perkara tersebut.
“Pegawai-pegawai di unit penguatkuasaan EIA JAS Kedah telah diarah untuk menjalankan siasatan di lokasi yang diadu.
“Pegawai JAS Cawangan Kulim turut membantu dalam menjalankan siasatan. Pihak pengadu juga hadir bagi memberi kerjasama menyalurkan maklumat semasa siasatan dijalankan.
“Hasil siasatan mendapati tiada apa-apa aktiviti yang dikesan termasuk pergerakan jentera berat atau mesin ke lokasi yang diadukan,” menurut kenyataan tersebut.
Tambahnya, siasatan lanjut juga mendapati akses utama ke lokasi aduan turut mengalami kerosakan.
“Menurut sumber yang diperoleh, kali terakhir dilihat terdapatnya aktiviti di lokasi terbabit adalah pada November 2024.
“JAS Kedah akan terus menjalankan pemantauan berkala di kawasan tersebut,” tegasnya.
Sebarang aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan rasmi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








