JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Ketua Pengarah, Timbalan JAS direman 7 hari terkait isu e-waste

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) direman tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).

@malaysiatribuneKetua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) direman tujuh hari, manakala seorang orang awam direman tiga hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pengurusan sisa elektronik (e-waste). Siasatan tertumpu kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah. #malaysiatribune #videoreelsシ #beritasemasa #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Seorang individu awam pula direman tiga hari sehingga Ahad ini berhubung kes sama.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Keempat-empat suspek, termasuk Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS, tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap jingga dan bergari, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, penahanan suspek dibuat susulan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kes disiasat mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan ditahan sekitar jam 6.30 petang semalam.

Isu pengurusan e-waste menjadi tumpuan kerana ia melibatkan pelupusan sisa elektronik yang boleh memberi impak kepada alam sekitar dan kesihatan awam jika tidak dikendalikan dengan betul.

SPRM kini menumpukan siasatan terhadap perolehan, pengurusan kontrak, serta kemungkinan berlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam operasi jabatan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button