Premis kitar semula plastik dikenakan tindakan penahanan operasi
KULAI – Sebuah premis kitar semula plastik di daerah ini dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) susulan aduan awam berkaitan pelepasan efluen yang berpunca daripada proses pengeluarannya.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), siasatan dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) setelah menerima aduan awam berhubung pencemaran yang berlaku.
“Hasil siasatan mendapati terdapat pelepasan efluen dari aktiviti basuhan kitar semula plastik di premis terbabit.
“Tindakan POK diambil di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan kelengkapan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar,” kata JAS menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
JAS turut mengingatkan pihak industri agar sentiasa mematuhi segala peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan berkaitan.
“Mereka juga perlu memastikan tiada pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan awam berlaku akibat daripada aktiviti operasi mereka,” katanya.
Orang ramai digalakkan menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, emel ke aduan_k@doe.gov.my atau melalui portal aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








