Dua pegawai tertinggi JAS bakal didakwa esok
PUTRAJAYA – Dua pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi menghadapi pertuduhan berkaitan siasatan pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, langkah itu dibuat selepas pihaknya memperoleh persetujuan daripada pendakwa raya serta Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan.
“Bagi kes melibatkan JAS, persetujuan daripada pihak pendakwa raya dan Peguam Negara telah diperoleh dan pertuduhan dijangka dibuat esok terhadap Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah.
“Kita berharap tiada sebarang pembatalan dan proses pendakwaan dapat dilaksanakan seperti dirancang sekiranya tiada sebarang kesulitan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF), di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








