
22 premis diserbu dalam Ops Gempur, 23 arahan dikeluarkan JAS Kelantan
KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan dengan kerjasama JAS Cawangan Gua Musang melakukan pemeriksaan ke atas 22 premis industri menerusi pelaksanaan Ops Gempur pada 16 dan 18 November lalu.

Operasi bersepadu itu melibatkan enam anggota penguat kuasa yang dibahagikan kepada tiga pasukan dan memberi tumpuan di beberapa daerah termasuk Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
JAS Kelantan berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada pengeluaran 21 Arahan Lapangan dan dua Notis Arahan berkaitan pematuhan pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, sistem kumbahan serta kawal selia udara bersih.
“Kesemua premis yang diperiksa didapati mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, namun arahan tambahan dikeluarkan bagi memastikan tahap pematuhan dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

JAS berkata, Ops Gempur merupakan langkah rutin bagi memastikan industri sentiasa beroperasi mengikut kehendak undang-undang dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan premis industri terus mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta semua peraturan di bawahnya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








