Pendakwah bebas, Zamri Vinoth ditahan polis
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth ditahan polis kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki itu ditahan di Kangar kira-kira jam 3.30 petang tadi untuk siasatan lanjut selain turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo.
“Lelaki berusia 41 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar sebelum dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk mendapat perintah reman,” katanya memetik laporan BH hari ini.
Razarudin berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan pendakwah itu daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang semalam.
Katanya, pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan berkaitan penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Munshi Abdullah yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.
“Berikutan itu, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
“Tindakan lanjut turut dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkaitan akaun Facebook milik Zamri Vinoth,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








