Zamri Vinoth nafi larikan diri, persoal kenapa akan didakwa sedangkan jadi mangsa serangan
KUALA LUMPUR – Zamri Vinoth yang sedang diburu polis menafikan melarikan diri ke Thailand seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal pagi tadi.
Zamri berkata, tiada keperluan untuknya melarikan diri.
“Kenapa pula saya nak lari? Saya dah pernah cakap banyak kali kalau nak tangkap saya tangkap Rayer (Ahli Parlimen Jelutong) juga dan sekarang kalau nak dakwa saya maka dakwa mereka juga!
“Saya sendiri akan pergi jumpa Ketua Polis Negara jika perlu, insya-Allah saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan polis, dua individu iaitu Zamri Vinoth dan Tamim Dahri Abdul Razak diburu polis selepas dipercayai melarikan diri ke Thailand.
Mereka berdua akan dikenakan pendakwaan sejurus tiba di tanah air atas beberapa pertuduhan yang akan dikenakan.
Mengulas lanjut, Zamri turut mempersoalkan kenapa dia akan dituduh sedangkan dia tidak menyerang mana-mana pihak.
“Kenapa hanya saya pula nak kena tuduh? Apa kesalahan saya? Apa yang saya hasut? Takda pun orang kita yang pergi serang sesiapa? Takda pun pergi bakar kereta sesiapa? Takda pun pergi serang rumah sesiapa?
“Rayer yang menghasut! Arun yang menghasut! David Marshall yang menghasut sehingga ada serangan, bakar kereta dan pecah rumah! Tetapi takde pertuduhan di pihak mereka,” tempelaknya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








