BERITA SEMASA

Didakwa pandu secara berbahaya, Rayer persoal tindakan terhadap Zamri Vinoth

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan sama ada pendakwah bebas, Zamri Vinoth akan ditahan pihak berkuasa susulan dakwaan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga melanggar seorang penunggang motosikal.

Rayer berkata, beliau turut menimbulkan persoalan sama ada Zamri akan ditangkap kerana tindakannya yang didakwa hampir menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal terbabit.

“Jika benar Zamri Vinoth ialah pemandu kereta Jaguar mewah itu, adakah beliau akan ditangkap kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta hampir membunuh penunggang motosikal yang dilanggarnya?” soalannya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, menerima satu klip video tular yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu dan berbahaya sebelum melanggar seorang penunggang motosikal.

Menurutnya, kenderaan itu kemudiannya memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku semalam di sekitar kawasan upacara sembahyang tahunan di Kuil Sri Maruthuvar Jadamuniswarar yang terletak berhampiran Hospital Bukit Mertajam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button