Hindu Sangam buat laporan polis terhadap Zamri Vinoth
GEORGE TOWN – Majlis Negeri Pulau Pinang Malaysia Hindu Sangam (MHSPSC) membuat laporan polis terhadap aktivis dakwah, Zamri Vinoth.
Menurutnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook, laporan itu berhubung isu demonstrasi “Ops Terjah” di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
“Kami menolak segala bentuk hasutan, menggesa provokasi dihentikan dan memelihara keamanan demi sebuah Malaysia yang bersatu padu dan makmur,” katanya hari ini.
Kelmarin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memberi amaran supaya himpunan itu dibatalkan.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap hantaran yang dimuat naik penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, berhubung perhimpunan operasi itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








