BERITA SEMASA

Aktivis GSF 2.0 selamat mendarat di Istanbul

ISTANBUL – Tiga pesawat milik Turkish Airlines (THY) yang membawa 428 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera rejim zionis, baru-bru ini, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, hari ini.

Laporan Anadolu Ajansi menyebut, kesemua aktivis berkenaan disambut oleh ahli keluarga serta beberapa pegawai di ruang istirahat VIP lapangan terbang itu.

istanbul
Al Ahmad Shah Abdul Kadir

Antara rakyat Malaysia yang kelihatan turun daripada pesawat adalah Al Ahmad Shah Abdul Kadir yang lebih dikenali sebagai CEO Kapal, serta Razman Mat Ali.

Aktivis yang cedera pula segera dibawa menaiki ambulans ke hospital bagi menerima rawatan.

istanbul
Razman Mat Ali

Selepas majlis sambutan, kesemua aktivis akan dibawa ke Institut Perubatan Forensik Istanbul bagi menjalani pemeriksaan kesihatan susulan siasatan yang dibuka oleh Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button