Empat lagi rakyat Malaysia dalam Sumud ditahan Israel
SEPANG – Jumlah rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 meningkat kepada 29 orang selepas empat lagi aktivis dilaporkan dipintas ketika berada di zon merah berhampiran perairan Gaza.
Empat individu terbabit ialah Dr. Noor Thanisah yang berada di atas kapal Zefiro, yang dipintas kira-kira jam 7.44 malam waktu Malaysia.
Turut ditahan ialah Syed Amirul yang menaiki kapal Don Juan, manakala Muhammad Hareez Adzrami dan Chin yang berada di atas kapal Alcyone selepas kapal tersebut dipintas kira-kira jam 8.30 malam waktu Malaysia.
Penahanan terbaharu itu menjadikan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan dilaporkan telah ditahan ketika cuba menghampiri Gaza.
Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC) dijangka mengeluarkan maklumat rasmi berhubung perkembangan insiden tersebut, manakala satu sidang media telah dijadualkan berlangsung esok bagi memberikan penjelasan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















