GSF: Ardell Aryana tidak berada di atas kapal Mikeno
SEPANG – Semua peserta Misi Global Sumud Flotila (GSF) termasuk 23 rakyat Malaysia dipercayai sudah ditahan tentera Israel (IDF) dan kini dalam proses dibawa ke Pelabuhan Ashdod.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pusat Pemerintahan Misi Malaysia Flotila, Datuk Dr Sany Arabi berdasarkan analisis pergerakan konvoi utama yang kini tidak lagi menunjukkan sebarang aktiviti.
“Formasi kapal sekarang tidak bergerak dan seolah-olah menuju ke Pelabuhan Ashdod.
“Begitu juga Kapal Mikeno yang dinaiki Ardell Aryana tidak lagi mempunyai sebarang pergerakan dengan kelajuan sifar knot.
“Kami menjangkakan bahawa semua peserta telah ditahan oleh IDF,” katanya pada sidang media hari ini.
Sementara itu, Sani Araby memaklumkan pihaknya percaya kesemua peserta sudah mula dipindahkan selepas lebih 20 jam konvoi berdepan serangan dan kawalan ketat.
“Kita yakin bahawa mereka (23 rakyat Malaysia) sudah mula dipindahkan. Kita juga menjangkakan Ardell Aryana tidak lagi berada di atas kapal Mikeno,” katanya lagi.
Beliau turut mengesahkan pihaknya menerima visual menunjukkan Kapal Sirius sudah tiba di Pelabuhan Ashdod, sekali gus menguatkan kemungkinan penahanan tersebut.
Misi GSF membawa lebih 13 kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam usaha memecahkan sekatan Israel namun berdepan serangan berterusan sebelum ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








