[VIDEO] Nik Zawawi dipanggil PDRM beri keterangan berhubung isu hina sahabat Rasulullah
KOTA BHARU – Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh dipanggil memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan berkaitan ceramah dan ucapan beliau baru-baru ini.
Beliau berkata, kehadirannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada pagi tadi adalah untuk memberi keterangan serta kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada PDRM yang memberi kerjasama sangat baik.
“Alhamdulillah, hari ini saya sempurnakan bersama dengan pegawai IPD Kota Bharu untuk memberi kerjasama berhubung laporan yang dibuat,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang mengikuti perkembangan berkenaan serta berharap isu itu dapat dijadikan pengajaran bersama.
BACA JUGA:
Dakwaan hina sahabat: Dewan Ulama PAS akui terdapat kenyataan tidak tepat ceramah Nik Zawawi
Dakwaan hina sahabat: Nik Zawawi akui kurang cermat, mohon maaf atas kekhilafan
NGO Islam lapor polis dakwa Nik Zawawi hina sahabat Rasulullah
Kabinet kecam keras Nik Zawawi hina sahabat Nabi
Pas terima penjelasan Nik Zawawi
Dalam pada itu, beliau menegaskan kepentingan masyarakat untuk lebih berwaspada dalam memahami fakta-fakta ilmiah yang terdapat dalam kitab-kitab agama, selain mengambil pandangan yang paling kuat berdasarkan rujukan yang sahih.
“Perkembangan ilmiah seperti ini memberi pengajaran kepada kita semua, khususnya kepada saya sendiri supaya lebih berhati-hati dengan fakta dalam kitab dan memilih pendapat yang paling kuat.
@malaysiatribune Nik Zawawi dipanggil beri keterangan di IPD Kota Bharu #malaysiatribune #beritasemasa
“Kalau kita ambil pandangan yang lemah, ia boleh menimbulkan masalah. Namun jika kita ambil yang kuat, Insya-Allah kita akan selamat,” katanya.
Nik Zawawi berkata, pengalaman itu menjadi pengajaran penting bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada masyarakat dalam menghadapi isu-isu berkaitan perbahasan ilmiah dan agama.
Beliau turut mendoakan agar segala perkembangan yang berlaku dapat mengukuhkan lagi perjuangan serta memberi manfaat kepada semua pihak.
“Selamat berjuang kepada semua sahabat. Mudah-mudahan semua yang berlaku ini akan mantapkan lagi perjuangan kita dan kita ambil pengajaran yang ada di dalamnya,” katanya.
Terdahulu, ucapan Nik Zawawi yang menyifatkan para sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar sebagai ceti dan Saidina Umar yang melakukan perbuatan tidak senonoh pada zaman jahiliah mengundang kecaman masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















